
Nutrishine memberikan peluang perniagaan yang mampu dicapai oleh sesiapa sahaja dan sebagai balasan akan diberi imbuhan menerusi Pelan Imbuhan kami yang unik dan lumayan. Anda boleh membina sebuah perniagaan global dengan mebeli produk-produk untuk kegunaan sendiri dan pada waktu yang sama mengajak mereka yang lain untuk turut serta. Dengan berkongsi ilmu membina perniagaan anda dan menjana jualan, anda akan mendapat pulangan yang lumayan. Apabila jualan dilaksanakan dalam struktur jaringan yang disarankan, anda dan Rakan niaga Nutrishine anda akan dapat membina sebuah perniagaan global yang berjaya.
Pelan Imbuhan Nutrishine telah direka dan dikembangkan khusus untuk memungkinkan anda merealisasikan Impian Kewangan dan Kebebasan Peribadi anda. Ia secara strategik mengabungkan secara dinamik (a) Kelebaran untuk Keuntungan (b) Kedalaman untuk Kestabilan (c) Aktiviti untuk Konsistensi menggunakan tiga langkah asas yakni ringkas, mudah diduplikasi dan berkuasa.
Aktiviti, Taja dan Memberi Khidmat
- Aktiviti - Konsistensi Sepanjang Hayat. Aktiviti berterusan dan/atau jualan memastikan konsistensi dalam pendapatan komisen anda dan ini dapat dicapai dengan mengikut prinsip kejayaan kami.
- Taja - Keleberan untuk Keuntungan. penajaan telah sentiasa menjadi asas untuk kejayaan dalam industri ini dan walaupun seseorang itu sudah mula mendapat komisen dengan menaja hanya sekurang-kurangnya 2 orang; untuk mendapat keuntungan, kami menggalakkan anda untuk menaja seminima 6 atau mungkin 12 orang atau lebih. Lebih ramai yang anda taja, lebih banyak keuntungan yang akan anda perolehi.
- Khidmat - Kedalaman untuk Kestabilan. Memberi khidmat sangat penting untuk kestabilan perniagaan ini: anda boleh memberi khidmat kepada setiap orang dalam organisasi anda atau anda boleh menggunakan ciri Penempatan kami di mana anda boleh menempatkan para pengedar baru anda di bawah para pengedar kanan dalam kumpulan atau kaki anda, agar mereka boleh bekerjasama sebagai satu pasukan untuk membantu dan mengembangkan satu sama lain dalam sinergi menang-menang.
Kejayaan Jangkapanjang Perniagaan
Kebebasan Kewangan Mutakhir dan Kebebasan Peribadi hanya akan dapat dicapai dengan satu pelan Jangkapanjang, dan ini telah kami capai dengan menggabungkan kelebihan-kelebihan sinergistik Kelebaran, Kedalaman dan Aktiviti untuk memastikan pendapatan yang berterusan untuk para ahli dari pelbagai tahap, dengan mempromosikan keadilan, kesinambungan dan ketekunan etika kerja yang akhirnya menyumbangkan kepada Kejayaan Jangkapanjang Perniagaan.
